TERMA DAN SYARAT
Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan portal serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan
perkhidmatan di portal ini. Sekiranya anda mengakses portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa
anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai
pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan portal ini. Syarat-syarat ini akan menggantikan
syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi portal ini. Penggunaan dan/atau akses anda
kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
- penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
- kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada portal ini;
- akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
- kenyataan atau tindakan pihak ketiga di portal ini; atau
- perkara-perkara lain yang berkaitan dengan portal ini.
Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada portal yang lain. Portal-portal tersebut dimiliki dan
dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut.
Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan
tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain
yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak
bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang
disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke
atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.
Terma & Syarat
Penamatan
Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana
perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis,
dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu,
didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan portal menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh
tertentu. Anda berset uju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas
penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
Perubahan kepada Syarat-syarat Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada
bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga
keselamatan portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai,
membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah
dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui
sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan
menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa
ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau
penambahan kepada syarat-syarat ini.
Pengubahsuaian kepada Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada
secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak
bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau
penamatan perkhidmatannya.
Umum
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran
syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi
undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan
syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini
bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan o leh peruntukan yang menyalahi
undang-undang atau yang tidak sah.
|