Hubungi Kami | Soalan Lazim | Panduan | Bantuan | Peta Laman Pilih Bahasa:
Warna:

Laman Web Rasmi
MAJLIS DAERAH TENOM
Bangunan di Daerah Tenom
Tempat menarik dan pelancongan Taman Pertanian Sabah
Kayak sukan yang terkenal di Daerah Tenom atau Rafting

Bahagian Akaun di Majlis bertanggungjawab bagi segala urusan kewangan Majlis. Ianya meliputi segala kutipan, perbelanjaan, pembayaran, belanjawan dan perakaunan. Terdapat 3 bahagian utama di Kewangan Majlis iaitu :

Penolong Pegawai Akauntan sebagai Ketua unit

  • Menguruskan hal-hal Kewangan Jabatan
  • Menguruskan hal-hal Pentadbiran Am Jabatan Kewangan termasuk hal-ehwal kakitangan dan bekalan peralatan pejabat.
  • Memastikan semua perolehan seperti LPO, Kontrak dan Bayaran Am mematuhi prosedur kewangan dan Arahan Perbendaharaan.
  • Membuat kawalan pembayaran daripada penerimaan dokumen tuntutan di kaunter sehingga penyediaan cek.
  • Menyimpan rekod-rekod seperti dokumen-dokumen pembayaran, penyata-penyata sokongan, minit-minit kelulusan perolehan, rekod-rekod tanggungan, daftar kawalan kerja-kerja kontrak, daftar pesanan tempatan dan daftar bil-bil pelbagai.
  • Mengemaskini segala rekod-rekod perakaunan dan menyediakan Laporan Kedudukan Kewangan Bulanan, Sukuan dan Penyata Kewangan Tahunan.
  • Menyelenggara Daftar Aset Tetap, Buku Tunai, Timbang Duga, Lejar Kad dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengannya untuk rujukan pihak Audit.
  • Menguruskan Pelaburan Simpanan Tetap dari lebihan tunai dalam Akaun Semasa Majlis
  • Berurusan dengan pihak Audit berkaitan Penyata Kewangan Tahunan dan Laporan Audit.

Bendahari

  • Membuat pembayaran tuntutan
  • Membuat kawalan pembayaran daripada penerimaan dokumen tuntutan di kaunter sehingga penyediaan cek.
  • Memastikan gaji akan dibayar pada waktu yang ditetapkan iaitu pada 25 haribulan pada setiap bulan kecuali pada hari-hari perayaan tertentu.
  • Mengendalikan hal-hal penyediaan dan pembayaran gaji kakitangan Majlis termasuk pendapatan, potongan cukai pendapatan, pinjaman-pinjaman dan sebagainya serta menyimpan rekod-rekod tersebut untuk rujukan di masa akan datang.


Bahagian Kaunter

  • Menerima pembayaran
  • Menguruskan pengeluaran bil-bil Sewa Harta Majlis setiap bulan.
  • Mengambil tindakan mengutip segala tunggakan hasil sewa dan pelbagai perkhidmatan.
  • Menyediakan Daftar penyewaan harta, Penyata Akaun Individu hasil Sewaan Harta Majlis.