Hubungi Kami | Soalan Lazim | Panduan | Bantuan | Peta Laman Pilih Bahasa:
Warna:

Laman Web Rasmi
MAJLIS DAERAH TENOM
Bangunan di Daerah Tenom
Tempat menarik dan pelancongan Taman Pertanian Sabah
Kayak sukan yang terkenal di Daerah Tenom atau Rafting


PERHUBUNGAN

Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer. Daerah Tenom tidak mempunyai masalah tentang perhubungan jalan darat oleh kerana hampir keseluruhan kampung dalam Daerah Tenom telah pun mendapat perhubungan jalanraya, samada ianya dibina oleh Kerajaan melalui Pejabat Daerah, Majlis Daerah dan Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pembangunan Persekutuan atau pun Syarikat-Syarikat Pembalakan.

Selain itu terdapat juga perkidhmatan keretapi daripada Stesyen Tanjung Aru, Kota Kinabalu melalui Papar - Bongawan, Membakut, Beaufort dan sejauh 134 kilometer. Perkhidmatan bas ekspress untuk sampai ke Tenom dari Kota Kinabalu jika tidak mahu memandu sendiri. Anda boleh dapatkan teksi atau bas ekspress di Hentian Bas Bandaran. Bas ekspress yang menyediakan perkhidmatan, Tung Ma Nui Luk (KK-Keningau-Tenom). Dari Kota Kinabalu ke Tenom menggunakan jalan kimanis mengambil masa lebih kurang 3 jam mengunakan kereta sendiri, teksi dan Tung Ma Nui Luk manakala dari Kota Kinabalu ke Tenom menggunakan jalan Tambunan mengambil masa lebih kurang 5 jam.