Hubungi Kami | Soalan Lazim | Panduan | Bantuan | Peta Laman Pilih Bahasa:
Warna:

Laman Web Rasmi
MAJLIS DAERAH TENOM
Bangunan di Daerah Tenom
Tempat menarik dan pelancongan Taman Pertanian Sabah
Kayak sukan yang terkenal di Daerah Tenom atau Rafting



Haji Mohd.Saidi Bin Haji Mohd. Ibrahim
Pegawai Eksekutif
Majlis Daerah Tenom
PERUTUSAN

Selamat Datang and Salam 1 Malaysia

Saya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Majlis Daerah Tenom Bahagian ICT kerana telah membina laman web rasmi. Tahniah kepada Bahagian ICT Majlis telah menghasilkan sebuah pusat maklumat melalui laman web ini. Saya percaya laman web ini memberikan banyak manfaat kepada semua lapisan masyarakat, pelajar di universiti tempatan dan universiti swasta. Ini juga adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu para pelajar mendapatkan maklumat mengenai Luar Bandar Daerah, terutama di Daerah Tenom melalui internet. Dengan adanya Laman web ini adalah banyak untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada masyarakat hari ini. Melalui ICT, kebanyakan hal sekarang dapat dikendalikan dari jarak jauh dan dilaksanakan dengan cepat dan mudah tanpa perlu berada secara fizikal.

Kakitangan awam sebahagian besarnya dikawal oleh teknologi berasaskan maklumat. Ini jelas kelihatan apabila semua perkakasan di pejabat boleh dikatakan digital dan penggunaan optimum teknologi maklumat dilihat memberi kesan yang banyak kepada kerajaan dari segi ekonomi, terutamanya dari segi mengurangkan kos dan masa dalam perniagaan menerima, memproses, menyimpan dan menyebarkan maklumat.

Untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti pengurusan kita perlu hadapi dalam dunia tanpa sempadan, "Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)" yang merupakan penghubung dan alat yang sangat berkesan untuk meningkatkan budaya kerja, produktiviti, keupayaan dan juga peluasan penyebaran maklumat terkini mengenai Majlis Daerah Tenom. ICT (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) telah membantu kerajaan dalam aktiviti yang membuat kerja mereka lebih efektif, releven dan berkesan.



Sekian,


Terma & Syarat | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian
Bilangan Pelawat


Dikemaskini Mac.2021