Hubungi Kami | Soalan Lazim | Panduan | Bantuan | Peta Laman Pilih Bahasa:
Warna:

Laman Web Rasmi
MAJLIS DAERAH TENOM
Bangunan di Daerah Tenom
Tempat menarik dan pelancongan Taman Pertanian Sabah
Kayak sukan yang terkenal di Daerah Tenom atau Rafting



Latar Belakang

Majlis Daerah Tenom telah ditubuhkan pada 1hb Januari 1962 sebagai sebuah Kerajaan Tempatan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961. Penubuhan Majlis Daerah Tenom telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Mr. G. L. Gray, Setiausaha Kerajaan Tempatan dan turut hadir pada ketika itu adalah Resident bagi Pedalaman iaitu Mr. W. S. Holley. Pengerusi Majlis Daerah Tenom yang pertama adalah Pegawai Daerah Mr. William Lim dan Timbalan Pengerusi adalah Mr. Chiew Vui Kiet..

Majlis Daerah Tenom merupakan salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di negeri Sabah. Ianya terletak di kawasan Pedalaman Sabah, dalam daerah Tenom yang bersempadankan dengan daerah Papar di utara, daerah Beaufort di barat, daerah Sipitang di barat-daya, Wilayah Kalimantan Indonesia di selatan, daerah Pensiangan di tenggara dan daerah Keningau di timur..

Pada mulanya pejabat Majlis Daerah ditempatkan di bangunan Pejabat Daerah kerana pada ketika itu Majlis Daerah masih belum mempunyai bangunan sendiri. Tetapi pada tahun 1980 pejabat Majlis Daerah telah dipindahkan ke bangunan Dewan Datuk Seri Panglima Antenom dan pada tahun 1984 Majlis Daerah akhirnya mempunyai bangunan pejabat sendiri iaitu Wisma Majlis Daerah Tenom..

Objektif

Majlis Daerah Tenom telah menetapkan beberapa objektif selaras dengan fungsi dan peranannya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan untuk memberi perkhidmatan awam yang terbaik dan berkesan. Antara objektif-objektif yang digariskan ialah seperti berikut:

  • Mewujudkan sebuah Penguasa Tempatan dengan pentadbiran yang cekap, berupaya dan berkesan..
  • Mewujudkan sebuah Penguasa Tempatan yang kukuh dari segi kewangan dengan menggunakan sumber-sumber sedia ada secara optima dan mempelbagaikan sumber-sumber baru..
  • Mewujudkan perkhidmatan yang cekap, adil, saksama dan berkualiti.
  • Mewujudkan pekan yang membangun dengan perancangan yang teratur, bersih, indah, selesa dan moden.
  • Meningkatkan kebersihan, kesihatan umum dan kecantikan pekan.
  • Meningkatkan sosio-ekonomi tempatan dengan merancang, membina dan menyediakan kemudahan tempat perniagaan

Misi

Mengurus dan Mentadbir Majlis Daerah Tenom Dengan Memberi Perkhidmatan Yang Terbaik Dan Berkualiti Melalui Penggembelingan Tenaga Dan Sumber Secara Optimum.

Visi

MAJU, HARMONI DAN INDAH MENJELANG 2020.

Fungsi

  • melaksana / menguatkuasa dasar-dasar untuk kepentingan, kesejahteraan penduduk tempatan dan umum.
  • Memberikan perkhidmatan kutipan dan pelupusan sampah dalam kawasan perkadaran.
  • Membina dan menyelenggara parit dan longkang dalam kawasan perkadaran.
  • Membina dan menyelenggara kemudahan awam seperti tandas awam, loji rawatan dan saluran najis, lampu jalanraya, kemudahan infrastruktur seperti jalanraya, jambatan, titian umum, pondok perhentian bas / teksi, dewan masyarakat dan dewan serbaguna.
  • Membina dan menyelenggara kemudahan tempat perniagaan seperti pasar, gerai-gerai, tamu dan pasar malam.
  • Mengawal dan mengeluarkan lesen-lesen dibawah bidang kuasa Majlis Daerah Tenom.
  • Mengawal perancangan pembangunan dari semua aspek perdagangan, perindustrian dan perumahan serta mempastikan pembangunan dilaksanakan dengan teratur dan sistematik menurut skim pelan.
  • Memproses / meluluskan pelan pembangunan / bangunan dan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki (O.C).
  • Membina / menyelenggara taman-taman rekreasi, taman permainan kanak-kanak, kemudahan riadah dan kawasan lapang.