Hubungi Kami | Soalan Lazim | Panduan | Bantuan | Peta Laman Pilih Bahasa:
Warna:

Laman Web Rasmi
MAJLIS DAERAH TENOM
Bangunan di Daerah Tenom
Tempat menarik dan pelancongan Taman Pertanian Sabah
Kayak sukan yang terkenal di Daerah Tenom atau Rafting



PERKHIDMATAN AWAM



Kereta Api Negeri Sabah

Jabatan Kereta Api Negeri Sabah (JKNS) merupakan sebuah jabatan dalam Kerajaan Negeri Sabah, Malaysia, yang mengendalikan sistem rangkaian kereta api di Sabah. Ia merupakan satu-satunya sistem pengangkutan kereta api yang beroperasi di pulau Borneo. Landasan kereta api adalah sepanjang 134 km dari Tanjung Aru, berhampiran Kota Kinabalu, ke pekan Tenom, di Bahagian Pedalaman. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Perkhidmatan Kereta Api Borneo Utara.



Teksi

Daerah Tenom boleh dihubungi dengan jalan darat melalui Jalan Kimanis - Papar dan Tambunan - Keningau atau Bamban Kemabong - Sipitang dengan jarak lebih kurang 209 kilometer.



Bas Ekspress Tung Ma Nui Luk

Bas ekspress yang menyediakan perkhidmatan, Tung Ma Nui Luk (KK-Keningau-Tenom). perkhidmatan bas ekspress untuk sampai ke Tenom dari Kota Kinabalu. Anda boleh dapatkan teksi atau bas ekspress di Hentian Bas Bandaran.


Mini Bas

Perkhidmatan mini bas dari Tenom ke Keningau.