Hubungi Kami | Soalan Lazim | Panduan | Bantuan | Peta Laman Pilih Bahasa:
Warna:

Laman Web Rasmi
MAJLIS DAERAH TENOM
Bangunan di Daerah Tenom
Tempat menarik dan pelancongan Taman Pertanian Sabah
Kayak sukan yang terkenal di Daerah Tenom atau Rafting

PIAGAM PELANGGAN

Sentiasa memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra Sentiasa berusaha menjadikan Pekan Tenom bersih dan indah

  • Kami membersihkan jalanraya-jalanraya, tempat –tempat tamu kawasan kedai dalam pekan setiap hari.
  • Kami membersihkan perkhidmatan pungutan sisa pepejal tiga kali seminggu di kawasan komersil dan 2 kali seminggu di kawasan taman-taman perumahan.
  • Kami memberikan perkhidmatan pemotongan rumput sekali dalam 2 minggu di kawasan komersil dan di jalan utama dan 1 kali sebulan di taman perumahan.
  • Kami memberi perkhidmatan pembersihan longkang/parit sekali sebulan bagi kawasan perniagaan/kedai dan sekali dalam tiga bulan bagi kawasan perumahan.
  • Kami menyelenggara lampu-lampu jalanraya, sistem pembetungan dan bangunan-bangunan Majlis dalam tempoh satu minggu.
  • Kami memproses dan meluluskan permohonan pelan-pelan pembangunan dalam tempoh berikut:-
Pelan Pecah Tanah Peringkat satu 3 bulan
Pelan Bangunan Projek Komersil/Perumahan 8 bulan
Pelan Bangunan Rumah kediaman 6 minggu
Pelan ubahsuai/sambungan 3 minggu
Pelan Kerja Tanah 2 minggu
Pelan Jalan Dan Parit 2 minggu
Pelan Pembentungan 2 minggu
  • Dengan syarat ianya mematuhi semua keperluan(requirement) yang ditetapkan.
  • Sijil layak menduduki dikeluarkan dalam tempoh berikut:-
Sesebuah Bangunan 6 hari
Projek Perumahan/Komersil 8 minggu
  • Dengan syarat memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan
  • Kami memproses dan membuat keputusan permohonan lessen-lesen perniagaan seperti berikut:-
Lesen Perniagaan 7 minggu
Lesen Iklan / Papan Tanda 5 minggu
Lesen Iklan sementera(Sepanduk/Kain Rentang) 1 minggu
Lesen Penjaja/Lesen Pasar 5 minggu
Lesen Hiburan, Hotel, Restoren, MTV, Gunting Rambut, Salon Kecantikan 5 minggu
  • Dengan syarat semua kehendak-kehendak (requirements) yang telah ditetapkan telah dipatuhi.
  • Kami menjamin taksiran dibuat dengan adil dan saksama tanpa prasangka, kami juga akan memberi peluang kepada pembayar cukai membuat bantahan dan rayuan.
  • Kami mengeluarkan Cukai Taksiran harta selawat-lewatnya pada 31 Januari bagi bayaran tempoh pertama dan 31 Julai bagi bayaran kedua setiap tahun
  • Kami sedia memberi kemudahan membayar cukai atau sewa secara ansuran dan resit akan dikeluarkan dengan serta merta atas pembayaran dibuat\
  • Proses pindahmilik akan siap dalam tempoh 1 hari dengan syarat dokumen yang dihantar adalah lengkap
  • Pengeluaran wang deposit akan disempurnakan dalam tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan permohonan
  • Pembayaran akan diproses dalam tempoh 1 minggu dari tarikh penerimaan Bahagian kewangan dengan syarat ia disertakan dengan dokumen-dokumen yang lengkap.